Monday 18 January 2016

10 perkara yang anda perlu tahu tentang Perlis

1) Perlis sebelum ini dibawah jajahan negeri Kedah dan nama Perlis diambil memandangkan kota yang dibina ini bersebelahan Sungai Perlis. Kota ini sentiasa disebut oleh pemerintah pada waktu itu sebagai sebuah kayangan...maka dari situ wujudlah Perlis Indera Kayangan...nak tahu lebih lanjut tentang sejarah Perlis, kalian boleh melawat Muzium Kota Kayang yang tidak jauh dari pekan kuala perlis




Contoh senjata yang digunakan pada zaman dahulu


Al-Quran tulisan tangan


Galeri Diraja


Pembuatan senjata

2) Perlis ini unik kerna tiada daerah namun dibahagikan kepada beberapa kawasan iaitu Arau, Kaki Bukit, Kangar, Padang Besar dan Simpang Empat ...ermmm if sy ada miss kawasan boleh betulkan yer



3) Laksa yang paling popular di Perlis dan sentiasa menjadi sebutan blogger serta dalam enjin carian adalah Laksa Kak Su buat masa ini


Laksa Kak Su pilihan ramai



4) Di Perlis makanan bermasaknya tersgtlah murah jika nak banding dengan Putrajaya atau KL...harga sate boleh dpt 50sen secucuk, murtabak serendah rm2, kueyteow kerang rm2.50, laksa rm3.50..kira murah lah kan...nasi lemak rm1...kuih muih 3pcs rm1



5) Dimana-mana di Perlis, kalian akan nampak Universiti iaitu UniMaP, mula2 konfius gak UniMaP ni kejap nampak kat area Arau, kejap nampak Kangar , kejap nampak kat jalan nk pi beseri ...everywhere is UniMaP...ada 8 lokasi UniMaP..scatter kt Perlis termasuklah di Padang Besar...tapi x heranlah sbb Perlis ni kecil je ...ibarat sekangkang kera je...pusing2 ko nampak aku, aku nampak ko

6) Kat Perlis ni if memandu kena berhati2 sebab mostly penunggang motosikal ni x pakai helmet nak2 biler lalu kt area merket atau kawasan pasar malam, so kalau dh biasa drift kt highway MEX jgn nk cuba2 try kt Perlis...cari nahas namanya

7) Jika memandu di Kuala Perlis pula hampir keseluruhan kawasan ini one-way so kena careful biler amek selekoh atau susur takut tersalah jalan pulak

8) Jika singgah Kuala Perlis, jangan lupa singgah solat di Masjid Terapung berdekatan jeti Kuala Perlis dan jgn lupa cuba udang sanggul yg dijual di pintu masuk masjid...sedap menjilat jari


Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis


Udang sanggul sedap

9) Dari segi bahasa dan loghat yang digunakan kalau Kangar tu sebutannya "Kangaq" ..pulut jadi "puluit"... bas jadi "baih"...air jadi "ayaq"...pasar jadi "merket" ...kuala jadi "kola"

10) Walaupun Perlis x besaq mana, tapi byk juga tempat menarik yg boleh dilawati seperti Gua Kelam (bagi yg suka meneroka dan aktiviti outdoor) , Taman Herba , Taman Ular, Ladang Ostrich (ada dalam 4 ekor ostrich..namun perlu ada penambahbaikan melihatkan kawasan yang tidak terurus), Padang Besar (bg yg suka shopping), Bukit Air (tempat mandi manda)..harga masuk bagi kebanyakan tempat antara rm1 - rm5. Namun ada beberapa tempat telah ditutup berikutan masih dalam penambahbaikan seperti Ladang Anggur. Difahamkan skrg tgh hot tentang penanaman Harumanis plak.


Gua Kelam


Ladang Ostrich


Rimba Herba Perlis

Oklah itu saja entry Emily tentang Perlis...so kalau sebelum ni dtg Perlis hanya singgah kt jeti Kuala Perlis semata nak ke Langkawi...skrg kalian boleh cuba tour Perlis pulak...enjoy the trip and discover tempat menarik di Perlis okay.

No comments:

Post a Comment